Universiti Matematik 3: Motivasi Menghadapi Peperiksaan Akhir

Barangkali ramai para pelajar sedang bergolak emosi menantikan minggu peperiksaan final ni. Mungkin ada yang cuak, tertekan, takut, fobia, gumbira, dan mungkin juga hampir nak pitam. Apapun emosi yang menerpa, anda semua harus juga menempuh dengan seadanya.

Mungkin saya boleh kongsikan sedikit sebanyak pengalaman menempuh minggu peperiksaan ini. Pada saya ia bertitik tolak pada diri kita juga akhirnya. Bagaimana perasaan kita sekarang adalah natijah atau akibat daripada perlakuan kita sebelum ini. Mudahnya, jika kita melayari alam minggu-minggu kuliah dengan baik dan berada dilandasan yang betul maka tiada alasan untuk kita takut atau tertekan untuk menghadapi minggu final. Jika masih ada juga, mungkin kita tidak bijak menangani emosi sendiri dan itu bukanlah senang ditangani pada waktu yang singkat...

Sejak kecil lagi memang saya minat Matematik. Tapi saya hanya hanya sedar minat Matematik waktu berada dalam darjah 5 (Tahun 1985). Pada waktu itu, saya hanya memahami Matematik sebagai ilmu kira-kira sahaja. Semua ini bermula dengan sifir-sifir. Pada zaman itu, siapa yang dapat menghafal sifir 1 hingga 12, makanya dia digelar 'budak pandai'. Entah kenapa waktu itu suka menghafal sifir dan setiapa kali guru Matematik (masih ingat lagi namanya, Cikgu Latifah) masuk ke kelas, beliau akan menyuruh saya datang ke hadapan kelas dan membaca sifir yang beliau pinta dan itu berlaku hampir setiap hari. Ini sedikit sebanyak menambah lagi minat saya pada Matematik.

'Minat Matematik' ini terus dibawa sehinggalah ke sekolah menengah. Tidak hairanlah jika subjek ini sahaja yang saya 'score' dan saya pasti semua pelajar Matematik di sini pun begitu. Tetapi harus juga diperhalusi...ramai pelajar berkata 'saya minat Matematik'...namun frasa itu perlu juga diakui secara jujur. Saya berpendapat, ramai yang minat Matematik tetapi tidak tahu...apakah betul-betul minat? atau hanya minat mengira? atau hanya minat melihat nombor? dan macam-macam lagi...

Bolehlah saya katakan minat Matematik pada sebilangan pelajar adalah umpama mimpi puteri atau putera yang inginkan putera atau puteri idaman semata-mata! Lebih malang lagi mereka tidak tahu bahawa inilah masalah utama mereka. Anda perlu bertanya pada diri sendiri secara jujurnya...adakah anda berada pada golongan ini? Jika tidak alhamdullilah, jika ya berusahalah dan berusahalah...anda tidak boleh menoleh kebelakang lagi...

Jadinya bila saya masuk ke Universiti, ia umpama satu anugerah yang sukar untuk dicapai apatah lagi hanya saya seorang dari keluarga yang ALLAH perkenaan untuk masuk ke menara gading ini. Berbekalkan minat yang mendalam dan tulen terhadap Matematik dan juga harapan keluarga yang tidak mudah untuk digalas, saya redha dan pasrah dan saya berkata kepada diri ini...'Inilah sahaja pengorbanan aku buat keluarga, tidak mampu ku lukai hati mereka dengan kegagalan, tidak mungkin ku lepaskan peluang untuk mendalami ilmu Matematik ini. Inilah peluang yang Tuhan berikan, dan inilah masanya ku buktikan segalanya...'

Bila itu yang kita bawa masuk ke Universiti, maka kita akan rasa lebih bertanggungjawab. Kita ada tujuan. Bila ada tujuan kenapa kita masuk universiti makanya kita akan konsisten, kita tidak akan mudah buang masa, lebih rajin, bersemangat untuk siapkan tugasan dan projek, tidak leka dengan pelajaran, tidak makan hasutan kawan berpeleseran, tidak suka buang masa, walau suka berhibur tapi tahu batas dan limit, selalu ingat keluarga, keluarga, keluarga...tidak mahu mereka terluka, menangis, bimbang sebab kita, hormatkan pensyarah dan sentiasa bersangka baik pada mereka, tidak melawan orang lebih tua, tidak sukap ponteng, tidak suka meniru kerana dengan meniru rezeki kita tidak diberkat hingga TUA, tepati dan disiplin pada masa dan TIDAK LUPA ALLAH...

Jika itu yang kita amalkan tiada sebab ALLAH tidak membantu kita dan tiada sebab DIA tidak perkenankan doa kita. Jika itu masih berlaku, muhasabahlah...

Jika itu juga yang kita amalkan, kita akan lebih yakin untuk menghadapi final, kita akan rasa seolah-olah minggu final adalah minggu perayan yang kita tunggu-tunggu. Kita tidak takut untuk menghadapinya dan tiada sebab untuk taku atau fobia untuk menempuhnya. Malah kita akan rasa TIDAK SABAR-SABAR untuk melihat soalan final dan untuk menjawabnya.

9 comments:

nisah April 5, 2009 at 6:29 PM  

wah Dr...
syahdunya...
huhuhuhu...
ni buat sy berkobar2 nk masuk exam...
huhuhuhu...
tp Dr still ada rasa takut lg...
ntah la perasaan semulajadi kot...
tapi ok kot...
sy still dpt kawal lg prasaan sy stakat ni...
rasa cuak bila teringat lacturer yg mengajar...
huhuhuhu...

Haf April 5, 2009 at 7:55 PM  

sejak msk ukm ni,nk g exam tu mmg terketar2 laa lutut.dlu xde pon cmni,adeh2...

~EFIRIS~ April 6, 2009 at 8:45 AM  

To nisah: Still ade rasa takut lagi?
Cuma tanya diri kite, subjek tu dah 50% kita faham ke tidak? Kalau tidak, nah itulah punca takut iaitu sebab kite tak dapat kuasai subjek
itu lagi...

Amat jarang seseorang akan rasa takut jika dah kuasai subjek itu.

~EFIRIS~ April 6, 2009 at 8:47 AM  

To Haf: Kalau sejak azali masuk UKM terketar-ketar lutut, itu maksudnya kurang keyakinan. Nampak macam yakin dan ganas tetapi itu rupanya langsung tidak membantu...isk3...macam mane nak tolong ye?

Haf April 6, 2009 at 1:30 PM  

hahahaha!!!sy telah berjaya mengkaver ketakotan sy ghupenye...

sy ni lomah sbnrnye,huk3...xpe dr,sy tgh mencuba laaa ni.sem ni n sem dpn maseh ade...

nisah April 8, 2009 at 12:05 AM  

btul Dr...
sy akui...
sy x cover abis lg sume paper...
sbb tu rasa takut jew...
huh...
tapi skrang ni dalam proses cover...
sy biasa masuk exam bila sume menda dah cover...
rugi rasa kalu amik exam menda yg kita x paham...
sbb sy rasa usaha kt sndri amat berharga...
nnt tua2 x menyesal...
huhuhu...
Dr wish me do d best...
sy pn wish luck to Dr...
enjoy ur life...

~EFIRIS~ April 8, 2009 at 11:35 AM  

To nisah: Thank you for wishing me! I appreciate it. Kehidupan sebagai pensyarah tak selalu gembira...tak mudah...banyak memendam rasa...sedih:))

nisah April 8, 2009 at 6:42 PM  

huhuhu...
ntah la dr...
x tau nk kata pe...
minggu ni mungkin minggu yg menyedihkan...
tapi sy rasa skejap je 2...
ktorg pn dah ceria...
sekejap je mendung...
Dr pn akan ceria jap lagi...
minum la ribena byk2 Dr...
nnt bleh jadi kanak2 ribena yg ceria...

~EFIRIS~ April 9, 2009 at 9:00 AM  

To nisah: rasanya tak mungkin saya gembira dan ceria secepat tu. Pernah rasa cam ni...berbulan-bulan gak.

Tahla, rasa macam budak2 pulak. Kadang-kadang sebak pula dada macam dihiris sembilu...

Doakan saya pulih :(